Ditubuhkan pada 21 Oktober 2024, Tetuan Engku, Asyraf & Associates merupakan sebuah firma guaman Syariah yang berteraskan prinsip keadilan, kecekapan dan kebajikan masyarakat.
Diasaskan oleh Tuan Ubaidullah Asyraf Bin Ahmad Shokeri dan Tuan Engku Abdul Hadi Bin Engku Mohd Ghazali, firma ini menggabungkan pengalaman guaman dengan pendekatan profesional dan nilai Islam yang utuh.
Menjadi firma guaman Syariah terkemuka yang menawarkan solusi hukum berstrategi, mesra teknologi, dan berteraskan nilai Islam demi melindungi hak dan memelihara keharmonian masyarakat.
Untuk menjadi sebuah firma guaman Syariah yang progresif, berdaya saing dan dipercayai serta yang mengangkat nilai Islam dalam setiap penyelesaian hukum, memudahkan urusan masyarakat dengan profesionalisme, dan menawarkan bimbingan yang holistik kepada klien.— Visi Firma
Memberikan khidmat guaman Syariah yang berintegriti, adil dan berpandukan prinsip Maqasid Syariah dalam setiap urusan.
Memperkasakan akses masyarakat kepada keadilan Syariah melalui nasihat dan perwakilan yang mudah difahami serta berkesan.
Menggabungkan pendekatan tradisional dan kontemporari, termasuk penggunaan teknologi dan strategi komunikasi profesional dalam setiap urusan guaman.
Melahirkan budaya perkhidmatan guaman yang mesra, empati dan beretika, selari dengan akhlak Islam dan nilai keinsanan.
Menjadi pusat rujukan utama dalam kes-kes Syariah melibatkan perkahwinan, penceraian, harta, hak jagaan dan pusaka di Malaysia.
Diterajui oleh pengasas berpengalaman yang menggabungkan kepakaran akademik, pengalaman mahkamah dan pentauliahan mediasi antarabangsa.
Peguam Syarie Kami